Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni (sabtu) dan esok (ahad) adalah cuti umum bersempena tahun baru cina. Isnin pun cuti juga sebagai cuti ganti kerana cuti umum jatuh pada hari Ahad iaitu hari rehat bagi kebanyakan wargakerja yang bekerja dari Isnin hingga Sabtu. Jadi, wargakerja kilang akan bercuti 3 hari straight…marvelous…
Ramai wargakerja kilang yang pergi bercuti dengan keluarga atau layan geng bujang. Warga kilang yang rata-rata masih bujang selalunya akan pegi konvoi ride motor atau konvoi kereta. Ada yang pegi ride lemang tok’ki. Ada juga yang layan corner kat hiway Karak…asah lutut bossku…. Bagi yang have have, akan fly makan angin pegi obesea. Hmmm….niceeee…. Cuti panjang ni jugak, adalah masa yang sesuai untuk buat kenduri kawin. BTW, esok 26/1/2020 ada jemputan kawin dari tokey kedai makan yang aku selalu pegi sarapan setiap pagi sebelum masuk keje. Ramai budak, bapak dan mak budak yang keje kilang makan sarapan kat kedai ni sebab buka awal dan banyak menu. Layannnn….
Anyway, selamat bercuti kepada geng kilang, hati-hati dijalanraya. Manfaat kan cuti panjang ni dengan cara yang anda enjoy. Pastikan, hari Selasa naik keje macam biasa. Okay… gua chao dulu…
Uncle Sam