Sebenarnya aku menulis blog duniakilang ni sebab rasa terpanggil nak berkongsi pasal dunia pekerjaan di industri atau kilang. Aku ni ada la sikit pengalaman kerja kilang di beberapa negeri dalam Malaysia ni.
Seriously kerja kilang memang FUN… walaupun kekadang stress sebab waktu kerja tak menentu sebab perubahan syif dan arahan last minute yang ntah apa apa ntah… aku layan juga. Kenapa aku kata kerja kilang FUN? Sebab utamanya adalah environment atau persekitaran. Keseronokan kerja kilang adalah sebab kengkawan yang berumur lebih kurang umur aku juga. Mungkin ada beberapa orang yang agak berumur. Tapi apa ada pada umur yer tak? It is just a figure yang berubah setiap tahun….hihihi. Yang penting boleh layannnn… Kawan kerja kilang yang satu kepala memang best. Kami berkongsi minat yang agak sama…. iaitu motor dan futsal. Jadi, citer kitaorang memang pasal motor lah..siang malam pagi petang dok sembang pasal motor atau futsal. Dan memandangkan kami semua masih bujang, bab ketiga yang kitaorang selalu sembang adalah pasal aweks….
Sebab kedua kenapa kerja kilang is FUN kerana pekerja kilang atau operator adalah golongan majoriti di dalam sesebuah kilang. Kalau mengikut anggaran perkiraan aku dalam 60%-70% dari populasi sesebuah kilang yang aku pernah kerja. Bakinya adalah budak QC, Engineering, Warehouse, HR, Finance, Purchasing dan lain-lain. Bila dah ramai, kitaorang selalu buat haruk kat kilang. Time paling best buat haruk ialah masa rehat kat Kantin. Tapi haruk kitaorang, haruk profesional okay…
Sebab ketiga ialah pasal kemudahan. Selalunya kilang akan provide basic facilities for all workers seperti toilet, surau, locker, kantin, uniform, tempat parking berbumbung, dan ada sesetengah kilang provide transport and lodging. Pihak kilang tau yang kami ni generate income for the company. We are the profit centre.
So, aku rasa ini lah 3 sebab utama kenapa kerja kilang is FUN. Kalau korang ada idea lain nak tambah, sila kan yer…
Orait gais, that’s all for now.
Uncle Sam