Memandangkan hari ni adalah cuti umum, aku nak tulis sikit pasal cuti umum kat Malaysia ni.
Negara kita di ranking ke 7 dengan 15 hari cuti umum setahun. Sebaris dengan Jepun, Argentina, Lithuania dan Sweden. Di tangga pertama negara yang paling banyak sekali cuti umum adalah Cambodia dengan 28 hari cuti umum setahun.
Cuti umum adalah moment yang paling ditunggu-tunggu oleh pekerja kilang macam aku. Sebabnya?
Pertama: ini lah peluang buat duit lebih dengan OT. Kilang akan bayar rate public holiday 2.0 for the normal hours of work and 3.0 for subsequent hours. Bermakna kerja 1 hari dapat 2 kali ganda gaji on top of your gaji bulanan yang memang dah sedia ada. Best kan…The Employment Act 1955 does protect workers rights.
Kedua: time cuti umum ni adalah masa terbaik untuk pegi ride atau travel sebab cuti panjang boleh jalan jauh sikit…
Ketiga: kalau takde apa-apa aktiviti, lepak tengok movie la. Selalunya time cuti umum akan ada keluar movie baru. So, layan movie laa…
Orait gais, itu saja nak share.
Uncle Sam